Tuesday, March 9, 2021

Msg kami untuk dapat keterangan lanjut

Ruangan ni khas untuk yang ingin bertanyakan soal bagaimana untuk buat atau melakar sesuatu projek, acara atau event, kalau yang ada pengalaman tu apa kata kita kongsikan bersama segala kemahiran atau pengalaman disini, tak kiralah asalkan bersesuaian dengan nasyid, kebajikan atau sebagainya, dari projek kecil kecilan kepada majlis yang besar besaran, itu pun kalau terlarat nak buat lah yer, dan kalau anda ada panduan atau info berkenaan apa yang kita bicangkan disini bolehlah kemukakan dan kita bicang sama-sama bagi memperkemaskan ruangan ini, mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini dapat memberi manfaat kepada diri kita maupun orang lain. Teringat pula pepatah mengatakan, kalau yang baik tu apa kata kita sama-sama kongsikan, dan yang tak baik tu kita jauh-jauhkanlah yer, jom kita lakarkan apa yang nak kita bicangkan disini, kalau ada pertanyaan sila-silakanlah yer jangan memalu.

Nak buat Event atau Projek

Sila baca info di bawah ni sebagai panduan

Title/Tema: Konsert Nasyid II [pilih nama projek yang bersesuaian]
Date/Tarikh: Saturday, 4th August 2001 [pilih tarikh yang sesuai dan tetapkan]
Place/Tempat: ARCC [alamat penuh tempat dan map kalau perlu]
Audience/Penonton: 500 to 1,000 persons
*Jumlah dan jangkaan penontot yg hadir, ini perlu bagi kerja2 membuat tiket dan budget untuk catter penontot seramai itu

1. Objectives:
a. Promote Nasyid
b. Raise Funds

2. Working Comittee:
* Barisan petugas, ini perlu bagi melancarkan projek ini

3. Sponsors:
a. cash & kind [lucky draw]
* Mencari/mendapatkan Sponser itu perlu, bagi menyokong event

4. Publicity:
a. Banners
*untuk di letakkan di tempat2 yang stratigik dan tempat2 sibuk bagi memberitau masyarakat akan majlis yang akan di adakan itu
b. Posters
*poster memainkan peranan penting dalam memberitau masyarakat dan boleh juga di beri ke balai-balai rakyat atau persatuan-persatuan juga sekolah-sekolah
c. Media [ruangan di akhbar atau website]
d. Radio [slot dalam radio]

5. Programme: Rehersals [perlu bagi memastikan artis juga mereka yg terlibat dalam show berkenaan tau apa tugas masing2]

6. Sound & Lighting systems
* Ini terpenting sekali, kerja sama petugas lampu dan sound system amat penting sekali bagi memastikan event berjln dengan lancar dan tidak menyesakkan dada penontot dengan suara mic yg terlalu kuat atau sound yang tidak stabil di mana ia boleh menganggu kosentrasi penonton

7. Reception & Refreshments
* untuk tetamu VIP, artis jemputan, para ketugas dan jwtn kuasa, biasanya di sediakan selepas majlis, tapi kami biasa menyediakan di pertengahan majlis hingga majlis tamat, dan selalu nya beberapa petugas akan di sediakan di tempat2 berkenaan.

8. Invitations, GOH, VIP, Sponsors & Guest

9. Charity Tables

10. Decoration
* dapatkan petugas yang mahir untuk buat rekaan pentas yang menarik, mudah dan tidak mengunakan banyak belanja.

11. Physical Arrangement & Cleaning
* hal ni boleh jer kita berkerjasama dengan pihak town chouncil atau bahagian perubahan, di mana mereka mempunyai petugas pembersihan dan biasanya mereka yang di panggil ini di bayar bagi memastikan tempat majlis bersih selepas event, dah pihak ini juga mempunyai sumbur seperti pokok-pokok untuk di buat hiasan di pentas, tak susah apa kita perlu buat hanyalah call and ask :)

ok kalau ada lain boleh lah tambah yer. 
Friday, July 21, 2000